Thursday 25 October 2012


PAKAIAN DAN ALATAN ASAS


Pakaian Dan Alatan Asas Rekreasi Luar
Perkhemahan atau pengembaraan boleh menjadi satu kenangan indah atau igauan ngeri jika anda tidak menitikberatkan soal pemilihan alatan ketika menjalani aktiviti berkenaan, dalam menjalankan aktiviti rekreasi luar kesihatan, emosi yang stabil serta pemilihan peralatan amat penting dan memainkan peranan dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Boleh dikatakan dari segi teknikal alatan menyumbang hampir 80% daripada kejayaan sesuatu program, ianya sebagai contoh kita mahir ‘mengukir kayu tetapi tiada pisau’ tidak ada guna kemahiran yang kita ada tanpa bantuan peralatan yang berkaitan. Tetapi ia bergantung juga kepada aktiviti yang dijalankan, jika mendaki gunung ‘Alpine’ kawasan berais, pastinya alatan yang digunakan memainkan peranan, tetapi dalam perkhemahan dan pengembaraan di hutan hujan tropika penggunaan peralatan teknikal adalah minima tetapi tidak bermakna ia perlu diabaikan. Dalam ruangan T & A kali ini kita akan berkongsi pengalaman mengenai pemilihan alatan asas perkhemahan yang perlu ada pada setiap individu…
Parang/Golok
Parang adalah peralatan yang amat penting, ini kerana dengannya kita boleh mencari makanan, membuat jerat, menebas/mencari jalan apabila hilang arah, ia juga amat berguna ketika anda melakukan tugas sebagai tukang masak,penggunaannya amat fleksibel serta 'multi purpose usage'. Pahlawan dahulukala menganggap senjata seperti parang, keris dan pedang sebagai nyawa mereka.

Parang Kampung - Jenis dan parang terbaik, berhulukan kayu, parang jenis ini amat tajam dan tidak mudah tumpul, tetapi kerapkali terjadi masalah di bahagian hulu yang kadang – kadang akan tertanggal dari bilah parang. Anda dinasihatkan mengemaskinikan semula hulu apabila membeli sebagai contoh anda boleh gamkan bahagian yang mempunyai lubang atau lurah, kemudian ada baiknya jika anda mengikat hulu kayu dengan getah, biasanya getah tayar, ini untuk menguatkan hulu sekaligus memberikan daya cengkaman yang baik apabila memegangnya. Panjang parang yang terbaik adalah pada kadar 10 – 12 inci dan lebar 2 – 2 ½ inci ( Jenis Sederhana ). Parang jenis ini juga boleh di 'customized' kan jika anda bertemu dengan pembuat parang yang selalunya di kampung – kampung.
Parang Biasa – Biasanya berhulukan plastik, jenis besi yang amat tebal serta berwarna gelap, Kelebihannya pula adalah ia amat keras sesuai digunakan pada kerja – kerja berat seperti memotong dahan pokok yang besar, Sesetengahnya mempunyai bilah gergaji di belakangnya, Parang jenis mudah tumpul, rapuh dan sukar dibentuk jika tidak dijaga matanya bahagian hulunya juga mudah tertanggal
Pakaian
Pakaian yang dibawa perlulah bersesuaian dengan program, keadaan dan masa program, anda tidak perlulah sampai membawa satu beg besar berisi pakaian pada program yang hanya 3 – 4 hari, dan anda tidak perlulah terlalu ‘survival’ sehinggakan hanya sehelai sepinggang pada program yang mengambil masa 2 – 3 hari. Walaupun jika anda rasa selesa pada keadaan itu, tetapi kesan buruknya adalah pada jangkamasa panjang. Dalam setiap ekspedisi biasanya pakaian kita hanya mengisi pada kadar 20 – 30% sahaja dalam ‘haversacks’ kita.. 20 – 30 % bagi lelaki 30 – 40 % bagi wanita. Ini kerana banyak peralatan lain yang anda perlu bawa bersama.
Pemilihan Baju dan Pakaian
Pastikan baju yang anda bawa masih lagi dalam keadaan baik ( kecuali trekking ), untuk baju trekking anda boleh gunakan 'fabric cotton' atau yang terbaik dari jenis‘Dry Fit’ seperti jersi, selain dari cepat kering ia juga selesa dan dingin ketika dipakai. Tetapi jika suhu kawasan +15 ( biasanya dalam ketinggian 2000m keatas ) tentulah anda perlukan baju yang lebih tebal dan selesa dipakai.
Seluar
Untuk seluar pula adalah lebih baik jika seluar dari jenis Khakis ( berkain tebal ), atau dari jenis seluar tentera ini kerana dengan keadaan hutan beriklim Tropika, jenis pokok resam dan pokok berduri biasanya akan dilalui pada awal ekspedisi. Jenis pokok seperti Pakis, duri Rotan, buluh biasanya akan menyakitkan jika kawasan yang dilalui terlalu sarat dengan pokok – pokok tersebut.
Stokin/Sarung Kaki
Selain menghindarkan kaki daripada melecet dan juga bau, stoking juga berperanan mengekalkan suhu badan kerana ianya termasuk dalam kategori 4 titik kepanasan, ada beberapa jenis stoking iaitu bahan jenis 'wool acrylic', 'cotton' dan dari jenis sintetik, dari jenis wool akan mengekalkan suhu kepanasan meskipun dalam keadaan basah, bahan sintetik pula menyerap peluh. Selain dari wool terdapat stoking yang dipanggil ‘Thermal Socks’ yang juga baik serta mengekalkan suhu serta selesa.
Baju Sejuk/Jacket ( Wind Proof dan Waterproof )

Adalah lapisan terakhir yang membaluti tubuh, Fungsinya adalah memberi perlindungan tubuh badan dari angin yang lembab serta mengawal suhu badan, ia juga mesti berperanan melindungi bahagian pakaian dan badan dari keadaan yang tidak selesa. Jika badan kita basah dan terkena angin, maka ia akan menyebabkan proses kedinginan badan kita menjadi cepat dan terjadilah‘hyporthermia’. Bahan lapisan luar ini juga disebut sebagai ‘shell garment’. Memiliki beberapa jenis iaitu ‘Wind Proff’ kalis angin, Jenis ini selalunya tidak ‘Waterproof’, satu lagi jenis bahan adalah ‘Waterproof Breathable Garments’/bahan kalis air yang bernafas, ini kerana kemampuan bahan ini dalam menahan air dan angin juga mampu mengekalkan kondisi tubuh walau hujan lebat sekalipun, antara bahan yang terkenal pada masa ini adalah ‘Gore-Tex’.
Sweater Wool
Jenis jaket yang tebal /'Sweater Wool' memang memberikan kehangatan pada tubuh kita, tetapi ia tidak mampu bertindak balas dan memberikan fleksibiliti dalam mengatur suhu. Selain itu elakkan memakai jaket jenis jeans ianya susah kering dan mudah lembab.
Sleeping Bag
Sleeping bag merupakan elemen pemakaian yang paling penting dalam aktiviti luar khususnya mendaki gunung, ini kerana seperti sedia maklum kesejukan akan membawa kepada 'hypothermia', dan ianya boleh membawa maut!. Sleeping Bag mempunyai ukuran dan pelbagai klasifikasi yang berbeza Selain dari bahan down atau bulu angsa ia juga diperbuat dari bahan sintetik seperti 'Polarguard 3D', 'Primaloft', dan yang paling murah dari jenis 'Holofil' yang lebih berat dari yang lain. Antara kriteria penting dalam pemilihan Sleeping Bag antaranya :
Jangan terlalu ketat dan longgar
- - Penutup kepala adjustable
- - Bentuk bahagian bawah kaki yang tidak terlalu sempit
- - Ada bahagian lapisan untuk pengudaraan di belakang
- - Saiz yang terlalu besar kurang sesuai untuk kegiatan luar
- - Pastikan membeli sesuai pada suhunya untuk gunung – gunung di asia tenggara kurang 3000 M sesuai anda menggunakan suhu sleeping Bag antara 10 – 15 darjah celcius
Sleeping bag juga mempunyai beberapa jenis design antaranya jenis 'semirectangular', 'mummy' dan jenis selimut
Berikut adalah bilangan pakaian yang bersesuaian mengikut bilangan hari :-
Jenis/Hari
2 - 3
4 - 5
6 hari keatas
Jumlah
Baju trekking
1
1
2
Seluar Trekking
1
1
2
Baju tidur/solat
1
1
2
Seluar tracksuit
1
1
2
Stokin Trekking
1
1
2
Stokin
1
1
1
Pakaian dalam (L)
2
3
3
Pakaian dalam (P)
2 Set
3 Set
3 Set
Tight
1 Set
1 Set
2 Set
Sarung Tangan
1 Set
1 Set
2 Set
Kain Sarong
1
1
1
Baju Hujan
1
1
1
Baju Sejuk
1
1
1
Sleeping Bag
1
1
1
*Tight adalah seluar yang dipakai sebagai pengganti pakaian dalam ketika trekking baik lelaki mahupun perempuan ( tetapi pada sesetengah alah pada tight yang menyebabkan melecet ).
Peralatan Teknikal Asas

Torchlight
Adalah peralatan terpenting dalam kegiatan luar, kegunaannya tidak kira masa, walaupun diwaktu siang akan tetapi dalam kegiatan rekreasi luar sebarang kemungkinan boleh berlaku. Selain dari kegunaan pada waktu malam ia berguna untuk operasi menyelamat dan untuk anda diselamatkan, jenis yang biasa digunakan adalah jenis head lamp kerana tangan anda bebas untuk bergerak, ada juga dari jenis pegang, penca
hayaan terbaik adalah dari mentol jenis LED, selain dari cahaya putih yang terang ia juga menjimatkan bateri, tempoh ketahanannya antara 50 - 100 ribu jam, sebagai petua anda boleh balut bateri spare anda dengan surat khabar dan menyimpannya.
Alatan Memasak dan Teknikal Individu
Bahan Masak seperti Messtin wajib dibawa oleh setiap individu, sebaik – baiknya ada barang teknikal yang lain seperti Lantern ( Lampu ), dan S
tove ( Dapur masak mini ) setiap satu untuk kegunaaan anda. Pastikan anda juga membawa botol mineral 1.5L sekurang - kurangnya 2 botol seorang.


Ubat – Ubatan
Bagi anda yang kurang sihat atau masih dalam proses perubatan seperti deman belum sembuh dan lain – lain, anda perlu membawa ubat – ubatan anda bersama. Ubat – ubatan asas yang perlu ada untuk setiap individu pula adalah panadol, pain killer/ ponstant, minyak gamat, balm, ORS ( Oral Rehydration Salt ), pelali air dan ubat anti malaria. Pastikan anda mendapatkan nasihat Doktor sebelum pengambilan ubat - ubatan.
Survival Kit
Survival Kit adalah sesuatu yang amat penting untuk dibawa bersama, didalam kecemasan dan situasi merbahaya, seperti hilang arah/sesat dan sebagainya, dalam survival kit biasanya mempunyai beberapa bahagian antaranya :-
- Barangan First Aid
- Pelali air jenis cecair atau tablet
- Komponen menghidupkan api
- Bahan Isyarat
- Alatan mencari makanan
- Bahan untuk membuat teduhan
Antara contoh barangan tersebut adalah :-
- Pemetik api, mancis besi dan mancis kalis air
- Wire/ dawai gergaji pemotong
- Cermin
- Kompas
- Mata kail pelbagai saiz dan Tali pancing
- Lilin
- Kanta
- Safety Pin/ Pin Lampin
- Tablet Oxytetracycline untuk (diarrhea atau Jangkitan kuman).
- Kondom (untuk mengisi air )
- Benang dan Jarum
- Pisau
- Light Sticks
- Aluminium Foil
- Buku nota kecil dan pensil
Nota T&A
Apa yang penting pastikan anda membuat penyediaan peralatan selewat – lewatnya 3 hari sebelum program dan pastikan membuat nota untuk peralatan tersebut list downkan semuanya, persiapan yang rapi membuatkan anda lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan pada masa hadapan. Ingat 'Prevention is better than cure'. Alright...Selamat Berrekreasi...!!!

Thursday 18 October 2012



 SEJARAH KAYAK & KANU

Definisi Kanu

Kanu merangkumi semua kenderaan atau alatan air sebagai medium utamanya serta digerakandengan menggunakan teknik dayungan ataupun bantuan tenaga alam.

Kayak pula merupakanpecahan daripada keluarga kanu.

Perbedzaan kayak dan kanu

Kayak
Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup,menggunakan dua bilah mata dayungdan di dayung secara duduk berlunjur.Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan olehorang Eskimo.

Kanu
Merujuk kepada sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak terbuka,menggunakan satu bilahmata dayung dan di dayung secara berlulut.Contoh kanu ialah sampan yang digunakan oleh kaumRed Indian di Kanada dan sampan kolek yang digunakan oleh nenek moyang kita.

Perkembangan Kayak Dunia
Aktiviti kanu dan kayak sebenarnya telah lama berkembang di dunia.John MacGregoradalahseorang pelaut British yang berbangsa Scott telah mencipta kayak moden pada tahun 1865member nafas baru dalam aktiviti kayak digunakan bagi tujuan pengangkutan dan diperluaskandalam bidang sukan.Pada tahun 1887 Persatuan kanu British di tubuhkan dan memperkenalkanaktiviti berkayak diseluruh England dan dunia.Selepas perang dunia kedua namanya telah diubahmenjadi Persekutuan kanu British (BCU ).

Perkembangan Kayak di Malaysia
Sejarah kayak moden mula diperkenal pada tahun 1960 oleh pelaut British berpengkalan diWoodland,Singapura dan aktiviti berkayak dipraktikan dimaktab-maktab Perguruan diseluruhNegara.pada tahun 1988 aktiviti berkayak tercatat dalam lembaran sejarah Negara buat pertamakalinya dua anak Malaysia telah Berjaya mengelilingi Semenanjung Malaysia menggunakan kayaksolo sejauh 1846 km selama 63 hari.Kejayaan ekspedisi ini telah menjana perkembangan aktivitikayak Negara.


JENIS-JENIS KAYAK
a)

Kayak Creek Boat

Kayak jenis ini ialah kayak yang digunakan oleh orang yang baru menceburi bidang kayak dankanu.ini adalah kerana kayak Creek ini memberikan kestabilan yang tinggi dan mudah untukkendalikan.

b)

Kayak Polo

Kayak jenis ini digunakan di kawasan danau yang tenang dan kolam.kayak ini hampir samadengan kayak Creek boat tetapi bentuk belakangnya lebih leper dan memudahkannyamemotong air semasa berpusing.Kayak ini juga digunakan oleh untuk sukan Polo kayak.

c)

Kayak Inflattable

Kayak jenis ini diperbuatdaripada gabungan getah dan gentian kaca.kayak ini menpunyaidaya apungan yang tinggi.kayak jenis ini juga perlu di pam angin sebelum digunakan.


d)

Kayak Squirt

Kayak ini sesuai digunakan untuk Rodeo di arus deras seperti enders dan catwhell,iniadalah kerana ia berbentuk tipis dan ruang didalamnya hanya boleh memuatkan kakipendayung sahaja.Saiz kayak hanya 2.5 meter oleh hal yang demikian ia mampu menyelam.

e)

Kayak Sprint

Kayak ini selalunya digunakan untuk acara perlumbaan,ini adalah kerana kayak iniberbentuk panjang,kecil dan tirus.Ianya sangat laju dan pendayungnya memilikkeseimbangan yang sangat baik.

f)

Kayak Slalom

Kayak Slalom digunakan dalam keadaan selok belok.kayak ini bersaiz pendek dihadapan danpanjang serta lebih kembung di bahagian belakang. Panjang kayak ialah 6 meter dan dibentuk tajam dibahagian hadapan dan memilik kelajuan dan kesetabilan yang tinggi









Sunday 7 October 2012


salam perkenalan....




PENGENALAN KEPADA SUKAN REKREASI
Definisi sukan rekreasi
  • Mengikut Ford (1981), rekreasi ialah program yang meliputi penggunaan persekitaran semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ini merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.
  • Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi ialah landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan yang boleh dipraktikkan dalam situasi seharian.
  • Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
Konsep sukan rekreasi
ÞBerasaskan aktiviti darat
  • Lasak
  • Alam
  • Berasaskan aktiviti air
  • Berasakan aktiviti dalaman
  • Campuran kedua aktiviti
  • Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi.
  • Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.
  • Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan.
  • Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.
  • Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat.
  • Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain.
  • Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi.
  • Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.
  • Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam
  • pembentukan personalitI
  • pembangunan insan
  • pembangunan negara
  • gaya hidup sihat
  • kepimpinan
  • kecerdasan
  • sosialisasi
  • pendidikan sepanjang hayat
  • dinamik kumpulan