Tuesday 27 November 2012


ORIENTEERING....


ORIENTEERING

13.1 PROSEDUR AKTIVITI

13.2 Aktiviti

• memperkenalkan kompas
• memperkenalkan cara penggunaan kompas
• memperkenalkan peta
• menunjukkan cara mencari sesuatu ‘point’, ‘klu’, dengan bantuan kompas dan peta.

13.3 Peralatan

• kompas orienteering/primastik
• parang
• peralatan pertolongan cemas
• botol air
• kasut yang sesuai
• wisel ( setiap peserta )
• alat tulis dan buku nota kecil
• pakaian yang sesuai 
• lain-lain alatan yang difikirkan perlu.

13.4 . Jenis-jenis orienteering

• Orienteering Merentas Desa (Cross Country Orienteering)
• Orienteering Bermarkah (Score Orienteering)
• Orienteering Jalanraya (Street Orienteering)
• Orienteering Bukit (Mountain Orienteering)
• Orienteering Malam (Night Orienteering)
• Orienteering Berganti-Ganti (Relay Orienteering)
• Norwegian Event
• 
13.5 Variasi Orienteering

Sukan orienteering biasanya dilakukan secara berlari atau berjalan. Walau bagaimanapun, orienteering turut dilakukan didalam beberapa variasi mengikut kesesuian keadaan. Antara lain-lain cara orienteering dilakukan adalah seperti berikut:
• Ski Orienteering
• Mountain Bike Orienteering
• Canoe Orienteering

13.5 Peta orienteering 

Peta merupakan elemen yang terpenting dalam orienteering di mana tanpa peta, orienteering tidak dapat di jalankan. Oleh itu, orienteering memerlukan satu peta yang khas yang dibuat memgikut spesifikasi yang telah di tetapkan oleh IOF.

Peta orienteering di buat oleh mereka yang mempunyai pegetahuan dan minat yang mendalam dalam orienteering. Hanya mereka yang memmahami apakah yang perlu dimasukkan ke dalam peta orienteering bagi membantu para peserta menggunakan segala ciri yang ada di atas tanah dan peta sebagai panduan navigasi.

13.5.1 Suatu peta yang lengkap perlu mengandungi butiran-butiran berikut:
• nama tempat
• skala
• petunjuk
• arah utara peta 
• sela kontur 
• garisan-garisan utara
• kredit ( juruukur dan juru kartografi )

13.5.2 Warna turut memainkan peranan penting dalam menentukan kategori/spesifikasi setiap symbol di mana warna-warna ini telah di tetapkan mengikut piawaian IOF. Peta orienteering dilukis di dalam 6 warna untuk symbol-simbol seperti:

a. hitam ~ ciri buatan manusia dan batu
b. biru ~ ciri-ciri air
c. perang ~ ciri-ciri kontur dan jalanraya
d. putih ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : hutan-berlari
e. hijau ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : hutan-berjalan/redah
f. kuning ~ ciri-ciri keadaan tumbuhan : terbuka

13.5.3 Kontur

• garisan kontur yang terdapat di dalam peta orienteering adalah untuk mengambarkan keadaan rupa bumi iaitu bentuk keadaan tanah yang sebenar. Ini termasuk menunjukkan ketinggian sesuatu tanah tinggi-bukit, gunung dan sebagainya.
• Cara terbaik untuk memahami kontur adalah secara praktikal iaitu dengan membawa peta dan membandingkan keadaan tanah dengan garisan-garisan kontur di atas peta
• Mengetahui beberapa ciri atau keadaan di tanah tinggi di mana ciri-ciri ini digunakan sebagai titik kawalan
• Membantu peserta untuk merncang laluan yang lebih baik dan mengelakkan dari pendakian cerun curam yang tidak perlu
• Jarak antara garisan-garisan kontur menggambarkan keadaan sesuatu cerun tanah tinggi. Garisan yang rapat menggambarkan suatu cerun yang curam dan yang renggang menggambarkan suatu cerun yang landai
• Berikut adalah contoh bentuk-bentuk kontur yang menggambarkan keadaan tanah dan beberapa ciri yang terdapat padanya


a) Susuh bukit (Spur)
• susuh bukit merupakan sebhagian tanah yang menganjur keluar dari sesuatu kawasan tanah tinggi
b) Ceruk (Re-entrant)
• ceruk adalah berlawanan dengan susuh bukit di mana ia adalah tanah yang melengkung ke dalam dari sesuatu kawasan tanah tinggi. Biasanya aliran sungai dari tanah tinggi melalui kawasan ini

c) permatang 
• permatang adalah puncak antara dua tebing yang panjang yang menyambungkan beberapa siri bukit atau tanah tinggi

d) Knol
• knol adalah suatu bukit kecil yang boleh di lihat dengan jelas di mana-mana dataran sama ada di kawasan tanah pamah atau tanah tinggi

e) pelana
• pelana adalah lekukan di antara dua knol


















14.0 TERMINOLOGI DAN PERALATAN

14.1 Titik kawalan (Control point)
• titik kawalan adalah suatu kedudukan yang telah ditentukan dan perlu dilawati oleh setiap peserta. Kedudukan ini merupakan ciri-ciri tersebut mestilah wujud atau telah dipandu mengikut arahan di dalam aktiviti ini
• Kedudukan ini boleh dikatakan sebagai Titik Pemeriksaaan (Check point) tetapi apa yang menarik ialah kedudukan ia tidak terkawal dan dijaga oleh sesiapa.

14.2 ` Kad kawalan (Control card)
• ia mengandungi maklumat penting iaitu jarak dan arah bearing ‘check point’ seterusnya. Para peserta perlu mencari kad ini yang di sembunyikan di setiap ‘check point’ yang telah ditetapkan
• peserta perlu menghabiskan kesemua ‘check point’ dalam masa yang terpantas. Kumpulan yang mencatatkan masa terpantas akan di kira sebagai pemenang.

14.3 Tanda-tanda di sesuatu ‘point’
• Bendera akan dijadikan sebagai tanda panduan lokasi check point. Ia di perbuat daripada fabrik dan di gantung di atas ‘ triangular boxkite’ yang berbentuk seperti rangka wayar.
• Tiga perempat daripada permukaan kain akan di lukis dengan segitiga berwarna putih di bahagian atas dan segitiga berwarna jingga pula di bahagian bawah.
• Satu atau lebih alat penebuk lubang akan di letakkkan sebelah menyebelah dengan bendera dan kod kawalan. Kod kawalan merupakan salah satu fakta untuk mendapatkan lokasi check point seterusnya.
• Kebanyakkan peserta akan mencatatkan kod kawalan di atas kad kawalan yang di simpan dalam satu kotak. Tujuannya untuk memastikan penebukan lubang di bahagian kad kawalan yang salah tidak akan berlaku semasa berada di sesuatu check point.








15.0 KOMPAS

15.1 PENGENALAN

Kompas adalah sejenis alat yang digunakan untuk menentukan arah seseuatu tempat. Ketepatan sesuatu kompas adalah bergantung kepada kepekaan jarumnya yang mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling terutama besi dan magnet. Kompas adalah alat terpenting dalam aktiviti orienteering. Penggunaan kompas orienteering digalakkan dalam aktiviti orienteering. Terdapat pelbagai jenis kompas yang boleh digunakan antaranya ialah kompas prismatik, kompas lensatik dan kompas orienteering atau dikenali dengan kompas silva.


15.2 KOMPAS PRISMATIK

Kompas ini diperbuat daripada tembaga. Badan kompas mempunyai dua lapis penutup kaca dan di bawah sekali adalah compass card. Tanda panduan utara ditandakan dengan bentuk tiga segi yang dicat dengan cat putih yang berkilau. Arah timur, selatan dan barat ditanda dengan huruf. Ukuran bagi kompas ini adalah dalam unit mil.

15.3 KOMPAS SILVA

Kompas ini adalah kompas yang paling sesuai untuk aktiviti orienteering, disebabkan kompas ini memiliki tanda panah penyesuaian yang terdapat pada dasar piring kompas.
Kelebihan kompas silva ialah:-

• Memiliki cermin untuk memudahkan pembacaan dan bidikan
• Dilengkapi dengan garisan (dalam cm dan inci)
• Digunakan untuk mengukur besar sudut peta





Kompas Silva 

Thump Compass 








15.4 KEGUNAAN KOMPAS
Kompas digunakan untuk:-
• Melaras peta
• Membantu dalam pelayaran
• Menentukan arah
• Membuat peta
• Mengukur jarak di atas peta 






15.5 MELARAS KOMPAS DENGAN PETA
Pemadanan masa meupakan antara faktor yang penting dan dipengaruhi oleh kecekapan anda dalam memilih laluan yang terbaik, maka adalah penting untuk mengetahui dan memahirkan diri dengan cara penggunaan kompas yang efektif.

15.5.1 LANGKAH PERTAMA 

Letakkan bahagian kompas selari dengan pergerakkan anda di atas peta. Pekara yang perlu diberikan perhatian ialah arah anak panah petunjuk arah sama dengan arah pergerakkan seseorang.









15.5.2 LANGKAH DUA

Tanpa mengerakkan plat tapak kompas, pusingkan perumah kompas sehingga garisan melaras selari dengan garisan utara peta. Arah utara bagi perumah kompas turut selari dengan arah utara peta.











15.5.3 LANGKAH TIGA

Pusingkan badan anda sehingga jarum magnetik selari dengan garisan melaras dan juga utara peta. 








15.6 BEARING

15.6.1 CARA MENENTUKAN BEARING
• Arah utara perlu ditentukan terlebih dahulu
• Berdasarkan kad kawalan, dimana terdapat panduan bearing sesuatu check point penentuan bearing check point dapat dilakukan peserta akan menuju ke check point berpandukan arah bearing yang telah ditetapkan.

15.6.2 BACK BEARING
Jika bearing satu kedudukan itu kurang daripada 180° maka perlu ditambah dengan 180°
Contoh:- bearing bagi satu kedudukan ialah 100° maka back bearing 
ialah
Back bearing =100° + 180°
=280° 
Jika bearing satu kedudukan itu lebih daripada 180° maka perlu ditolak dengan 180°
Contoh :- bearing bagi satu kedudukan yang mempunyai bearing 280°
Back bearing =280°-180°
=100°



15.7 PERKARA-PERKARA YANG PENTING SEMASA MENGGUNAKAN KOMPAS
• Kompas mesti berada dalam keadaan rata supaya jarum magnetik boleh bergerak dengan baik.
• Tentukan arah utara yang sebenar di peta dan pada bentuk muka bumi
• Tentukan benda-benda yang dapat menjadi petunjuk seperti pokok besar untuk memudahkan seseorang mencari sesuatu tempat
• Sentiasa memeriksa bearing kompas
• Selalu pandang sekeliling ketika berjalan dan dapatkan tanda sebagai panduan untuk perjalanan pulang.
• Kompas harus diikat pada badan dan memastikan ianya berada dalam keadaan baik.


15.8 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
• Semasa menjalankan aktiviti orienteering, peserta memakai pakaian yang bersesuaian dan dapat melindungi tubuh daripada mendapat luka.
• Memastikan peti kecemasan mengandungi ubat-ubatan dan keperluan lain mencukupi.
• Membawa peralatan seperti wisel, parang, lampu suluh, nilon untuk tujuan keselamatan dan memudahkan perjalanan.
• Dilarang berehat di bawah pokok yang mempunyai dahan yang reput.
• Jika menjumpai kesan tapak tapak kaki yang mencurigakan atau binatang buas segera meninggalkan tempat tersebut.
• Dilarang tidur di dalam hutan
• Jika sesat, tiup wisel untuk menarik perhatian orang yang berhampiran.
• Jika mengalami kecederaan segera meminta pertolongan daripada orang yang terdekat.
• Jika kompas gagal berfungsi, ini mungkin disebabkan oleh bahan-bahan galian, kabel elektrik atau batu yang mempunyai medan magnetik, peserta harus meninggalkan tempat tersebut dan mencari tempat di mana kompas dapat berfungsi dengan baik.









Monday 26 November 2012

PERALATAN TALI TINGGI 4

HELMET
Helmet yang kukuh, ringan dan tahan lasak adalah baik untuk aktiviti abseiling. Helmet dapat mengelakan peserta dari mengalami kecederaan yang serius semasa kemalangan berlaku. Cara pemakaian helmet mestilah betul dan tidak longgor apabila memakainya.



Sunday 25 November 2012

PERALATAN TALI TINGGI 3

 SARUNG TANGAN

Digunakan sebagai pelindung tangan daripada melecet akibat geseran tali

• Sarung tangan luar
• Sarung tangan dalam




Thursday 22 November 2012

PERALATAN TALI TINGGI 2



 HARNESS

Harness diperbuat daripada webbing yang kuat dan kukuh. Jangka hayat sesuatu harness ialah antara 5 tahun atau bergantung pada tugas yang dilakukan oleh harness tersebut.




JENIS-JENIS HARNESS






FULL BODY HARNESS




SEAT HARNESS



CHEST HARNESS


Wednesday 21 November 2012

PERALATAN TALI TINGGI 


CARABINAR
Diperbuat daripada aloi / besi yang tahan lasak. Kekuatan carabinar hendaklah sekurang-kurangnya mampu menampung kekuatan empat orang (di uji). Ia biasanya mampu bertahan sehingga 10 tahun. Namun begitu, ia bergantung pada tugas yang akan dilakukan oleh carabinar





JENIS CARABINAR


SCREW GATE


BEND GATE

AUTO LOCK

16.10.1 BENTUK-BENTUK CARABINAR
Bentuk ‘D’ – penyambung antara peralatan berpermukaan bulat dan
peralatan berpermukaan petak



Bentuk‘O ‘– penyambung antara bermukaan bulat dan peralatan 
berpermukaan bulat dan peralatan berpermukaan bulat







16.11 CARA PENGGUNAAN CARABINAR



















JENIS FIGURE OF 8


HUIT / HUIT ANTIBRULURE
o Untuk penurunan abseiling
o Sesuai untuk penurunan jarak jauh



FIGURE OF 8 CLASSIC
o Untuk penurunan rappelling
o Sesuai untuk penurunan jarak dekat


RESCUE 8
o Untuk tugas-tugas menyelamat


Monday 19 November 2012

TALI TINGGI (abseiling)...




PENGENALAN

Abseiling merupakan satu aktiviti turun dari tempat tinggi ke tempat yangrendah. Aktiviti ini memerlukan daya ketahan otot tangan dan kaki yang kuat untukmembuat aktiviti penurunan. Aktiviti ini memerlukan kemahiran imbangan yang tinggi.Ia juga dapat mendisiplinkan para peserta atau seseorang individu untuk menghadapisaat-saat kecemasan atau membina keyakinan yang tinggi terhadap para pesertaapabila berada di tempat yang tinggi.Melalui aktiviti abseiling, para peserta dapat mempelajari cara-cara atau teknikpenggunaan tali atau penurunan tali dengan menggunakan peralatan-peralatan khas.Peserta akan diajar bagaimana menggunakan tali atau cara menurun curam, malahpeserta juga akan diajar bagaimana menjaga dan menyimpan tali tersebut.Apa yang pasti, aktiviti abseiling dapat memberi kepuasan pada para peserta,terutama perserta yang tidak pernah melakukan aktiviti tersebut. Walaupun aktiviti inikelihatan amat merbahaya, dengan penggunaan teknik penurunan yang betul dankeazaman yang tinggi, ia dapat mengurangkan rasa gemuruh dan takut para peserta.Secara tidak langsung aktiviti ini telah membentuk sahsiah diri para peserta denganlebih baik.

PERALATAN YANG DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI ABSEILING




TALI KARMANTLE






TALI
Tali memainkan peranan penting dalam aktiviti abseiling. Terdapat dua jenis tali yangdigunakan dalam aktiviti tesebut, iaitu tali statik dan tali dinamik.
Tali Dinamik
 –Tali yang mempunyai warna serta corak yang pelbagai mengikut jenamaseta pengeluarannya – Lembut dan mudah dibengkokkan dan mengikut jenis permukaan cerunan
 –
Saiz : 7.8 mm, 8.8 mm, 9.8 mm, 10.5mm dan 11mm
 –
Tali dinamik standard - tidak mempunyai balutan kalis air tetapi bolehdigunakan pada kawasan yang mempunyai kelembapan yang tinggi
 –
Tali dinamik double dry - lapisan kalis air dan dapat digunakan dalam situasiserta keadaan cuaca yang lembap
Tali Statik
 –Jenis tali yang mempunyai keanjalan yang tinggi – Biasa digunakan dalam aktiviti menyelamat
 –Saiz : 9 mm, 10mm, 11mm dan yang paling tebal 12.5mm –Agak keras dan tidak mudah dibengkokka


Saturday 17 November 2012

ikatan tali...

OUTDOOR SKILL : asas ikatan dan simpulan



SIMPUL MATI
>MEMATIKAN HUJUNG TALI
>MENGELAKKAN DARI TEBURAI






SIMPUL ANGKA 8
>PADA HUJUNG TALI
>LEBIH KUKUH DARI SIMPUL MATI
>UNTUK MENYAMBUNG TALI





BUKU SILA
>MENYAMBUNG 2 TALI YANG SAMA SAIZ
>IKATAN KAIN ANDUH






BUNGA GETI
>MENYAMBUNG 2 TALI YANG TIDAK SAMA SAIZ.
>TALI YANG LICIN DAN BASAH





SIMPUL MANUK
>PALING BANYAK DIGUNAKAN
>NAMA LAIN CINGCANG AYAM





TINDIH KASIH
>SEBAGAI BODY LINER
>TALI PANDU UNTUK PENYELAMAT
>UNTUK MENGANGKAT MANGSA
>TIDAK MENCERUT







IKATAN BALAK
>MENGANGKAT BEBAN YANG BERAT.
>SEMAKIN BERAT SEMAKIN MENCERUT





IKATAN NELAYAN
>MENYAMBUNG 2 TALI.
>LEBIH KUKUH







1 LINGKARAN 2 ½ BELIT
>UNTUK MENGIKAT TIANG @ PANCANG
>KUKUH DAN BOLEH DILARAS.